Friday, 6 November 2015

cinta tak semestinya memiliki..

Setiap apa yang aku rasa, sebolehnya aku xnak luahkan padanya, tapi apa yang aku rasa kali ni aku tak boleh nak simpan di dalam hati. aku terasa sakit sangat, aku cuba untuk menahan dari aku luah kan sebb aku tahu aku jugak yang akan merawat rasa sakit tu. kenapa aku rasa kau lain sangat.. aku cuba buang rasa tu, tapi tak boleh.. memang aku rasa yang kau memang lain sangat..

aku tak pernah rasa penat untuk menjaga hati kau..walaupun aku tahu bila aku menjaga hati kau, hati aku sendiri akan terluka..tapi aku tak kesah asalkan kau hati kau tak terluka..

apa yang sepatutnya aku lakukan untuk hubungan kita.. cinta kita cinta jarak jauh.. aku hanya bekalkan kepercayaan, kesetiaan dan kesefahaman.. walaupun kadang-kadang aku ada sifat curiga pada kau.. tapi demi hubungan kita aku cuba buang sifat curiga tu walaupun sebenarnya aku makan hati dengan apa yang aku rasa tu.. sedaya upaya aku cuba untuk memahami diri kau.. 

aku tak tahu sejauh manakah hubungan kita ni.. seandainya boleh, aku mahu biarlah kau selamanya dihati aku, kau selamanya menjadi buah hati aku, selamanya berada disisi aku.. selamanya menemani hidup aku, bersusah dan bersenang bersama aku.. 

tetapi seandainya jodoh yang ditetapkan, aku bersyukur sangat sebab aku dapat bersama dengan orang yang aku cintai, tetapi seandainya takdir, aku akan cuba terima takdir itu, aku akan cuba redha dengan takdir itu.. walaupun kita tak dapat bersama tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat merasa sedikit bahagia bersama kau.. aku dapat rasa kasih sayang dari kau.. sesungguhnya aku terlalu menyanyangi dan mencintai diri kau seikhlas nya.. kerana keikhlasan ini lah aku akan cuba redha..

Tuesday, 4 November 2014

Luahan hati seorang wanita (ini yang terjadi padaku)

Bila kita dah mula sayangkan seseorang tu, kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan, kita cuba buat yang terbaik untuk dirinya, kita cuba buat diri dia bahagia. kita hargai dan terima seetiap apa kekurangan pada diri dia dengan seikhlas hati kita. dan apa yang pasti, apa yang kita inginkan adalah habiskan seluruh hidup kita dengan dia. 

Setiap kali berjauhan, kita pasti akan selalu ingat dia dan kita akan berharap yang dia ada depan ata kita sambil tersenyum. Sesibuk mana pun kita, dia sentiasa dalam ingatan kita, dia juga lah yang kita rindu..
Tapi, apa yang berlaku bila apa yang kita harapkan itu, tak seperti apa yang kita angankan. walaupun kita boleh terima segala kekurangan yang ada pada dirinya, tidak semestinya dia akan menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita..setiap kekurangan yang ada pada kita pasti akan dipersoalkan.. kita sentiasa mencuba untuk memahami dirinya dan cuba untuk membahagiakan dia, tapi dia tak pernah cuba untuk memahami diri kita seperti kita memahaminya.. membuatkan kita tertanya-tanya Siapakah diri kita ini padanya?? Apakah kita ni orang asing dalam hidupnya??

Sememangnya wanita diciptakan lemah, hatinya mudah tersentuh.. namun ianya tidak bermaksud hatinya boleh dipersiakan oleh setiap lelaki. Sememangnya air mata dan wanita tidak dapat dipisahkan. Namun setiap air mata yang jatuh menunjukkan ketabahan dirinya menghadapi setiap layanan lelaki terhadapnya, mungkin dia tersenyum dihadapanmu  tapi dibelakangmu dia menangis, dia terluka. 
wanita, terluka macam mana pun dia, dia masih mampu untuk terus tersenyum dan tetap akan memberi kamu peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang, sebab dia yakin, orang yang dia sayang mampu berubah dan akan menyayanginya sepenuh hati sebagaimana dia menyayangimu sepenuh hatinya..

namun, ianya tidak pernah berlaku malah peluang yang diberi dipersiakan , peluang tersebut langsung tidak dihargai oleh dia.. Hati wanita seringkali tertanya, Adakah sifat "menghargai" tu tak ada langsung dalam dirinya?? Kenapa ianya hanya ditunjukkan pada awal2 perhubungan je?? kenapa semakin lama semakin berkurang?? bukankah sepatutnya semakin lama perhubungan tu semakin kuat perasaan nya terhadap kita?? tapi kenapa ianya semakin pudar?? 

Wanita ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang sebagaimana dia memberi perhatian terhadap pasangan nya..Inginkan perhatian bukan bermakna dia gedik ataupun mengada-ngada, cuma dia ingin dibelai dengan kasih sayang, Bukan ditaburkan dengan wang ringgit, cuma cukup dengan meluangkan masa dengannya, Bukan diajak berbual sepanjang hari, berjam-jam, tapi cukuplah hanya dengan satu pesanan "SAYA SAYANG AWAK" pada setiap pagi. 

menjadi lumrah bahwa hati wanita mudah terusik dengan kata-kata manis yang ditaburkan oleh lelaki, Tapi seandainya apa yang ditaburkan itu hanya dusta semata-mata adalah lebih baik tidak berkata apa-apa, tak perlu tabur kata-kata manis.. yang hanya membuatkan hati wanita terluka dan terus terluka.


#hati wanita diibaratkan seperti cermin, sekali ianya retak, pecah dan tercalar, walau dicantum kembali ia tetap tidak mungkin menjadi seprti sedia kala.. kesan retak akan tetap nampak.

Saturday, 5 October 2013

SAYA SAYANGKAN AWAK.. WALAUPUN AWAK BUKAN LAGI UNTUK SAYA.. :'(

saya telah mengembara ke hujung dunia mencari apa yang saya inginkan..tapi..pertama kali saya bertemu awak, hati saya terlalu gembira.. Demi Tuhan.. saya tak tahu kenapa tapi itulah kebenarannya..

setelah beberapa lama kita berkawan saya telah jatuh tersungkur dipenjuru mata awak. saya tak dapat membohongi perasaan saya yang saya menyayangi awak..dan disaat saya begitu menyayangi awak..

perasaan saya berkelana mencari singgah sana di sudut hati awak.. nyata saya tak temuinya..awak mencampakkan nya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam..disana awak jugak lah yang menyalakan api dan membakar saya dalm diam.

saya sedih sangat bila awak cakap awak tak tahu apa sebenarnya yang awak cari..tapi jauh disudut hati ini saya merasakan yang awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar - benar SAYANG pada seseorang.

jadi, selama ni siapa saya di hati awak??? saya tahu, awak menganggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak..

siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati saya??
siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG memerlukan pengorbanan??
siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur dengan perasaan sendiri??
AWAK!!!!

awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyayangi ramai orang berkali-kali..
tapi saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 'seseorang', seseorang yang akan menyayangi saya dan satu perkahwinan..

kita hidup sekali, kita mati sekali dan menyintai pon juga sekali..

melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada..
jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..JANGAN!!!

bagaimana saya harus bencikan awak..sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya, di setiap saat saya mengingati awak, seumur hidup saya akan menyayangi awak..

awak,
sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu..
kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana sayang saya pada awak..
inilah jawapan saya:

"kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak akan terus bersuara walaupun saya akan bisu selamanya"
"kalau suatu hari awak kehilangan penglihatan, saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat sayang saya biarpun waktu itu saya buta selamanya..
"dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya telah tiada di dunia ini..

semuanya untuk awak..

seseorang pernah berkata,

jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiaannya, kebahagiaannya itu membuatkan kita bahagia..

awak..kerana saya sayang awak lah saya melangkah pergi,  demi kebahagiaan awak..saya doakan awak supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang cari..supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenarnya..supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya..

awak,
saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmahnya disebalik semua ini terjadi dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya. saya juga takkan pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak, saya bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya.

saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah dengan ketentuan Tuhan dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya itu adalah yang terbaik..

saya doakan awak bahagia dengan hidup awak..saya SAYANGKAN awak..

#SAYA BENAR-BENAR SAYANGKAN AWAK...DAN SAYA BENAR-BENAR RINDU AWAK..WALAUPUN AWAK BUKAN LAGI MILIK SAYA..TERLALU PAYAH UNTUK SAYA MELUPAKAN AWAK..ATAU MUNGKIN MEMANG SAYA TAK MAMPU UNTUK MELUPAKAN AWAK..BUKAN 2 SAAT, BUKAN 2 JAM, BUKAN 2 HARI, BUKAN 2 BULAN KITA BERSAMA.. TETAPI 2 TAHUN KITA BERSAMA..BERAT UNTUK SAYA TERIMA SEMUA INI..BAGAIKAN MIMPI BURUK YANG MENGHANTUI DIRI SAYA.. SAYA BENAR-BENAR RASA KEHILANGAN AWAK..

MENANGIS DAN AKAN TERUS MENANGIS... DIA ADALAH INSAN YANG TERLALU ISTIMEWA DALAM HIDUP AKU..TAPI DIA JUGALAH YANG MEMBUAT KAN AKU TERLUKA...TAPI ITU SEMUA TAK MEMBUATKAN AKU BENCI PADA DIA.. MALAH AKU SAYANG SANGAT2 PADA DIA..  SEDIH SANGAT2..HURRMMM..

Thursday, 5 September 2013

'''''' NotHiNg ''''''

aku pernah sakit kerana cinta... tapi aku belajar untuk tabah hadapinya..aku juga pernah dikhianati oleh orang yang mengakui mencintai ku.. tapi aku belajar untuk setia..aku pernah kecewa kerana cinta..tapi aku belajar untuk terima kenyataan itu..kerana untuk apa aku terperuk dengan kesedihan yang terlalu lama yang mengandungi kata-kata cinta..walaupun aku sendiri yang merasa nya.. aku masih lagi mempunyai cinta..meskipun pedih untuk aku hadapi kenyataan ini.. aku yakin suatu hari nanty akan ada cinta yang akan berakhir dengan sempurna..

Sunday, 24 March 2013

Untukmu Ibu


Tuhan…aku tau aku belum menjadi anak yang baik untuk ibuku. Namun aku masih berusaha untuk menjadi baik buat ibuku. Aku masih berusaha untuk tidak menjadi anak yang durhaka kepada ibuku. ibu telah banyak berkorban untukku. Tak pernah terhitung berapa nikmat yang Engkau berikan padaku melalui ibuku. Tapi apa yang telah aku lakukan untuk mereka? Kadang ketika ibu menyuruhku melakukan sesuatu aku masih saja sering aku mengeluh, melakukan semua yang disuruh ibu dengan hati yang yang kadangkala tidak ikhlas. Maafkan aku Tuhan, maafkan untuk semua kekesalanku pada ibuku. 

ibu lah yang telah banyak berkorban segalanya bagiku selama hampir 21 tahun ini. Aku hanya meminta satu hal padamu Tuhan, dan mungkin satu hal yang aku inginkan ini juga menjadi satu hal yang diinginkan setiap anak untuk ibunya. Aku hanya meminta Engkau tidak mengambil mereka sebelum aku membuat mereka tersenyum bahagia melihat aku yang telah berjaya dan mampu menyenangkan nya. Aku hanya ingin membuat ibu bangga kerana telah memiliki seorang anak seperti aku. Sebuah simpul senyuman ingin aku lihat dari wajah mereka ketika nanti aku telah di wisuda. Aku ingin memeluk mereka menggunakan pakaian toga dan memberikan beberapa tangkai bunga pada mereka dan aku akan mengatakan pada ayah dan ibu bahwa aku mencintai mereka. 

Tuhan, berikan selalu aku kesabaran seperti sabar seorang ibu menyayangi semua anak-anaknya. ibuku segalanya bagiku Tuhan. ibuku lah yang selalu menjadi semangatku ketika aku mulai kehilangan semangatku dalam belajar. ibuku jua lah yang menjadi pengingatku padaMu. ibuku adalah sumber pahala terbesar untukku. 

Tuhan, bahagiakan selalu ibuku. Maafkanlah semua kesalahan ibuku, berikan selalu rezeki yang halal kepada ibuku. Lancarkan selalu usaha yang sedang ibuku jalani , lindungi lah ibuku dari segala mara bahaya , berikan juge ibuku kesabaran dalam menghadapi seorang anak seperti aku. Jika mereka nanti meninggal, berikan tempat terbaikMu bagi mereka disana. Berikan surgaMu bagi mereka nanti dan pertemukan kembali aku dengan kedua orang tuaku di surgaMu nanti Tuhan. Aamiin.

#merindui mami....hurmmmm...saat2 genting di akhir sem ini membuat kan aku merindui mami... aku berharap aku dapat menjadi anak yang dapat membahagiakan mami... dan aku berharap dapat menunaikan apa yang mami inginkan... dan aku berharap aku dapat membalas segala jasa2 dan pengorbanan yang mami buat untuk aku ketika aku belajar... segala kesusahan dan keperitan yang mami lalui hanya untuk melihat aku berjaya... aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membahagiakan mami... 

Friday, 11 January 2013

assalamualaikum

kehidupan niyh ibarat roda...kadangkala kite berada diatas...dan kadangkala kite berada dibawah..
setiap dugaan yang datang dalam hidup niyh...kite kene hadapi dengan tabah dan sabar,,walaupun kite tak kuat nak menghadapinya seorang diri...tapi..apakan daya...kite kene jua laluinya...

air mata yang mengalir seperti sudah sebati dalam diri ini..walaupun kite tak mntak ianya mengalir..tp ia ttp mengalir bila kita mengenangkan sesuatu yang pernah membuatkan kite sayu...setiap kenangan yang ade kadangkala membuatkan airmata kita mengalir tanpa kite sedar...

hari niyh...kenangan tuh melayang ke fikiran ku dan membuatkan airmata ini sekali lagi mengalir membasahi pipi... kenapa setiap pertemuan perlu bertemu dengan perpisahan... hurmmmm... KENAPA?? walaupun tak kuat untuk menghadapinya..aku terpaksa jua menguatkan hati ini agar aku mampu tersenyum di hadapan kawan2 aku..

dulu ku gagal dalam percintaan kerana sidia lebih memilih wanita itu..tetapi kali ini...ku gagal sekali lagi kerana keluarga nya yang tidak merestui... aku redha menghadapinya... terima kasih ya Allah kerana kau menemukan aku dan dia..walaupun tidak lama..sekurang2nya aku dapat merasai kasih sayang nya padaku...

aku terima segala kehendakmu ya Allah...

*sekali lagi aku menangis* hurmmmm...

Saturday, 20 October 2012

assalamualaikum...

hanya sekadar ingin berkongsi...


sesungguhnya kita semua yang ada didunia ini tidak sempurna, tetapi kita akan menjadi sempurna apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain.
setiap orang menginginkan kesempuranaan tetapi mereka tidak sedar bahawa kesempurnaan hanya dimiliki oleh Allah S.W.T.

berusaha lah untuk menjadi yang sempurna pada pandangan Allah S.W.T kerana hanya Dia yang sentiasa berada di samping kita dikala suka dan duka, dikala kita sihat mahupun sakit, dikala kita susah mahupun senang.


setiap orang yang beriman mempunyai upaya untuknya mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah S.W.T dan melarang dari melakukan perbuatan yang dimurkai Allah S.W.T.

tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang di indahkan oleh ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan dan kebaikan dengan ketaqwaan.

latihkan lah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah melakukan keburukan terhadap diri kita.

belajarlah untuk menahan diri kita dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan diri sendiri.orang yang ikhlas bijak menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan sebagaimana dia menyembunyikan keburukan dirinya.