Saturday, 20 October 2012

assalamualaikum...

hanya sekadar ingin berkongsi...


sesungguhnya kita semua yang ada didunia ini tidak sempurna, tetapi kita akan menjadi sempurna apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain.
setiap orang menginginkan kesempuranaan tetapi mereka tidak sedar bahawa kesempurnaan hanya dimiliki oleh Allah S.W.T.

berusaha lah untuk menjadi yang sempurna pada pandangan Allah S.W.T kerana hanya Dia yang sentiasa berada di samping kita dikala suka dan duka, dikala kita sihat mahupun sakit, dikala kita susah mahupun senang.


setiap orang yang beriman mempunyai upaya untuknya mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah S.W.T dan melarang dari melakukan perbuatan yang dimurkai Allah S.W.T.

tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang di indahkan oleh ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan dan kebaikan dengan ketaqwaan.

latihkan lah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah melakukan keburukan terhadap diri kita.

belajarlah untuk menahan diri kita dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan diri sendiri.orang yang ikhlas bijak menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan sebagaimana dia menyembunyikan keburukan dirinya.






No comments:

Post a Comment