Tuesday, 4 November 2014

Luahan hati seorang wanita (ini yang terjadi padaku)

Bila kita dah mula sayangkan seseorang tu, kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan, kita cuba buat yang terbaik untuk dirinya, kita cuba buat diri dia bahagia. kita hargai dan terima seetiap apa kekurangan pada diri dia dengan seikhlas hati kita. dan apa yang pasti, apa yang kita inginkan adalah habiskan seluruh hidup kita dengan dia. 

Setiap kali berjauhan, kita pasti akan selalu ingat dia dan kita akan berharap yang dia ada depan ata kita sambil tersenyum. Sesibuk mana pun kita, dia sentiasa dalam ingatan kita, dia juga lah yang kita rindu..
Tapi, apa yang berlaku bila apa yang kita harapkan itu, tak seperti apa yang kita angankan. walaupun kita boleh terima segala kekurangan yang ada pada dirinya, tidak semestinya dia akan menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita..setiap kekurangan yang ada pada kita pasti akan dipersoalkan.. kita sentiasa mencuba untuk memahami dirinya dan cuba untuk membahagiakan dia, tapi dia tak pernah cuba untuk memahami diri kita seperti kita memahaminya.. membuatkan kita tertanya-tanya Siapakah diri kita ini padanya?? Apakah kita ni orang asing dalam hidupnya??

Sememangnya wanita diciptakan lemah, hatinya mudah tersentuh.. namun ianya tidak bermaksud hatinya boleh dipersiakan oleh setiap lelaki. Sememangnya air mata dan wanita tidak dapat dipisahkan. Namun setiap air mata yang jatuh menunjukkan ketabahan dirinya menghadapi setiap layanan lelaki terhadapnya, mungkin dia tersenyum dihadapanmu  tapi dibelakangmu dia menangis, dia terluka. 
wanita, terluka macam mana pun dia, dia masih mampu untuk terus tersenyum dan tetap akan memberi kamu peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang, sebab dia yakin, orang yang dia sayang mampu berubah dan akan menyayanginya sepenuh hati sebagaimana dia menyayangimu sepenuh hatinya..

namun, ianya tidak pernah berlaku malah peluang yang diberi dipersiakan , peluang tersebut langsung tidak dihargai oleh dia.. Hati wanita seringkali tertanya, Adakah sifat "menghargai" tu tak ada langsung dalam dirinya?? Kenapa ianya hanya ditunjukkan pada awal2 perhubungan je?? kenapa semakin lama semakin berkurang?? bukankah sepatutnya semakin lama perhubungan tu semakin kuat perasaan nya terhadap kita?? tapi kenapa ianya semakin pudar?? 

Wanita ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang sebagaimana dia memberi perhatian terhadap pasangan nya..Inginkan perhatian bukan bermakna dia gedik ataupun mengada-ngada, cuma dia ingin dibelai dengan kasih sayang, Bukan ditaburkan dengan wang ringgit, cuma cukup dengan meluangkan masa dengannya, Bukan diajak berbual sepanjang hari, berjam-jam, tapi cukuplah hanya dengan satu pesanan "SAYA SAYANG AWAK" pada setiap pagi. 

menjadi lumrah bahwa hati wanita mudah terusik dengan kata-kata manis yang ditaburkan oleh lelaki, Tapi seandainya apa yang ditaburkan itu hanya dusta semata-mata adalah lebih baik tidak berkata apa-apa, tak perlu tabur kata-kata manis.. yang hanya membuatkan hati wanita terluka dan terus terluka.


#hati wanita diibaratkan seperti cermin, sekali ianya retak, pecah dan tercalar, walau dicantum kembali ia tetap tidak mungkin menjadi seprti sedia kala.. kesan retak akan tetap nampak.