Friday, 6 November 2015

cinta tak semestinya memiliki..

Setiap apa yang aku rasa, sebolehnya aku xnak luahkan padanya, tapi apa yang aku rasa kali ni aku tak boleh nak simpan di dalam hati. aku terasa sakit sangat, aku cuba untuk menahan dari aku luah kan sebb aku tahu aku jugak yang akan merawat rasa sakit tu. kenapa aku rasa kau lain sangat.. aku cuba buang rasa tu, tapi tak boleh.. memang aku rasa yang kau memang lain sangat..

aku tak pernah rasa penat untuk menjaga hati kau..walaupun aku tahu bila aku menjaga hati kau, hati aku sendiri akan terluka..tapi aku tak kesah asalkan kau hati kau tak terluka..

apa yang sepatutnya aku lakukan untuk hubungan kita.. cinta kita cinta jarak jauh.. aku hanya bekalkan kepercayaan, kesetiaan dan kesefahaman.. walaupun kadang-kadang aku ada sifat curiga pada kau.. tapi demi hubungan kita aku cuba buang sifat curiga tu walaupun sebenarnya aku makan hati dengan apa yang aku rasa tu.. sedaya upaya aku cuba untuk memahami diri kau.. 

aku tak tahu sejauh manakah hubungan kita ni.. seandainya boleh, aku mahu biarlah kau selamanya dihati aku, kau selamanya menjadi buah hati aku, selamanya berada disisi aku.. selamanya menemani hidup aku, bersusah dan bersenang bersama aku.. 

tetapi seandainya jodoh yang ditetapkan, aku bersyukur sangat sebab aku dapat bersama dengan orang yang aku cintai, tetapi seandainya takdir, aku akan cuba terima takdir itu, aku akan cuba redha dengan takdir itu.. walaupun kita tak dapat bersama tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat merasa sedikit bahagia bersama kau.. aku dapat rasa kasih sayang dari kau.. sesungguhnya aku terlalu menyanyangi dan mencintai diri kau seikhlas nya.. kerana keikhlasan ini lah aku akan cuba redha..